Luahan hati

Assalamualaikum,

Tangan kelu, tak tahu bagaimana mahu meluahkan bicara yang tersimpan dihati. Tak tahu dari mana mahu mula dahulu. Ditulis lalu dipadam semula. Ayat yang dibina serba tak kena. Tak tahu apa masalahnya. Idea penuh diminda. Terasa begitu besar amanah untuk dikongsi bersama apa yang dapat daripada taman2 syurga untuk manfaat diri dan orang lain. Namun, diri ku sendiri tak mengerti mengapa sukar sekali ingin ku memulakan ayat yang sempurna. Adakah aku terlalu melankolik dalam membina kata?

Ataupun kerana sudah lama aku mendiamkan diri dari dunia penulisan kerana ingin berehat sebentar untuk meng'selfie' diri yang penuh dengan noda. Sehingga aku tak mampu lagi mulakan bicara-bicara bermanfaat dan berguna. Ayat yang dibina terasa begitu ganjil dan pelik. Tak begitu menyentuh hati apabila dibaca. Baris demi baris terasa ayat yang dibina bagai tidak bersambung antara satu sama lain. Sehingga aku terdiam sebentar dimeja study memikirkan apa yang sudah terjadi dengan dirimu, Wahai Aminah.

Dulunya, ayatmu tak habis-habis ditulis. Dulunya, ayatmu menyentuh diri mu sendiri. Dulunya, cerita mu seronok dibaca. Sekarang, apa sudah jadi wahai diri. Apa sudah jadi?

:'(

Comments