Posts

Showing posts from September, 2017

Luahan hati

Assalamualaikum, Tangan kelu, tak tahu bagaimana mahu meluahkan bicara yang tersimpan dihati. Tak tahu dari mana mahu mula dahulu. Ditulis lalu dipadam semula. Ayat yang dibina serba tak kena. Tak tahu apa masalahnya. Idea penuh diminda. Terasa begitu besar amanah untuk dikongsi bersama apa yang dapat daripada taman2 syurga untuk manfaat diri dan orang lain. Namun, diri ku sendiri tak mengerti mengapa sukar sekali ingin ku memulakan ayat yang sempurna. Adakah aku terlalu melankolik dalam membina kata? Ataupun kerana sudah lama aku mendiamkan diri dari dunia penulisan kerana ingin berehat sebentar untuk meng'selfie' diri yang penuh dengan noda. Sehingga aku tak mampu lagi mulakan bicara-bicara bermanfaat dan berguna. Ayat yang dibina terasa begitu ganjil dan pelik. Tak begitu menyentuh hati apabila dibaca. Baris demi baris terasa ayat yang dibina bagai tidak bersambung antara satu sama lain. Sehingga aku terdiam sebentar dimeja study memikirkan apa yang sudah terjadi dengan ...
Image
If you depending on human, they will hurt you. But, if you depending on Allah, Allah will help you. That's all for today. :')

Aku bukan budak sekolah Agama.

Kisah yang sudah lama tersimpan dalam memori laptop. Dan lagi lama tersimpan dalam kotak memoriku. Pernah suatu ketika seorang sahabat menanyakan soalan “Aminah .. kalau Aminah bukan seperti sekarang. Aminah seorang yang macam mana?” Soalan itu terus membuat aku mengimbau kembali zaman jahilliyah dulu… Setiap orang pasti ada zaman jahiliyahnya. Diriku jugak begitu. Hijrah is not easy like you see. Ia menuntut kepada mujahadah. Saya bukan budak sekolah agama. Bukan budak maahad bukan jugak budak tahfiz. Hanyalah pelajar sekolah harian biasa. SMK Alor Janggus. Itulah nama sekolah aku. Namun di sekolah ini lah mengajar aku banyak perkara. Yang mengubah kehidupan aku daripada seorang yang tiada matlamat menjadi insan yang bermatlamat. Jasanya   mungkin   tak dapat aku balas. Disinilah tempat aku dimana aku berjumpa dengan orang hebat. Guru yang hebat, kawan yang baik, insan yang hebat dalam amalnya, insan yang hebat dalam sahsiah dirinya. Mereka-mereka ini antar...

2017. Langkah permulaan

Assalamualaikum. Hey, guys. Jadi hari ini, saya akan bermula menulis di blog ini. Sebelum ini dah pernah menulis di blog juga.Tapi Blog tu dalam lama tak update dan akhirnya saya dah lupa password. Uhuk. Jadi hari ini terdetik pulak di hati ini nak menulis semula. Sebelum ini, saya selalu juga menulis di facebook. Tapi saya rasa di facebook mungkin saya akan tulis perkara yang bersifat umum dan di blog ini mungkin sifatnya lebih kepada pengalaman peribadi yang boleh jadikan pengajaran. InsyaAllah. Kenapa saya menulis blog? Antara sebabnya:- Firstly, saya harap sangat blog ini menjadi medan saya berkongsi apa yang saya belajar dan dapat dari kelas atau luar kelas. InsyaAllah. Secondly, saya berharap blog ini menjadi usaha kecil saya untuk berdakwah. Last but not least, saya harap setiap apa yang ditulis menjadi peringatan kepada diri sendiri pada masa akan datang. Jadi, saya harap bermanfaat untuk semua ya ! Jika ada salah dan silap sudi-sudilah tegur diruang komen. I wi...