Aku bukan budak sekolah Agama.
Kisah yang sudah lama tersimpan dalam memori laptop.
Dan lagi lama tersimpan dalam kotak memoriku.
Pernah suatu ketika seorang sahabat menanyakan soalan
“Aminah .. kalau Aminah bukan seperti sekarang. Aminah seorang yang macam mana?”
Soalan itu terus membuat aku mengimbau kembali zaman jahilliyah dulu…
Setiap orang pasti ada zaman jahiliyahnya. Diriku jugak begitu. Hijrah is not easy like you see. Ia menuntut kepada mujahadah. Saya bukan budak sekolah agama. Bukan budak maahad bukan jugak budak tahfiz. Hanyalah pelajar sekolah harian biasa. SMK Alor Janggus. Itulah nama sekolah aku.
Namun di sekolah ini lah mengajar aku banyak perkara. Yang mengubah kehidupan aku daripada seorang yang tiada matlamat menjadi insan yang bermatlamat. Jasanya mungkin tak dapat aku balas. Disinilah tempat aku dimana aku berjumpa dengan orang hebat. Guru yang hebat, kawan yang baik, insan yang hebat dalam amalnya, insan yang hebat dalam sahsiah dirinya. Mereka-mereka ini antara Orang mendorong diriku kepada kebaikan. Alhamdullillah ala kulli hal. Gurunya yang hebat. Melahirkan jugak pelajar-pelajar yang hebat.
Aku dulunya hanya pelajar biasa. Memakai tudung yang biasa. Tak labuh dan tak singkat. Handsock dan stoking tak pernah aku lazimi dari kecil hingga ke sekolah menengah. Sehingga suatu hari aku melihat ada guru dan beberapa org pelajar yang memakai handsock. Terdetik dihati untuk mengikuti mereka. Nah disitulah detik perubahan diriku dari segi pakaian. Ini antara salah satu sebab kenapa aku rasa nak berubah. Dan ada lagi beberapa sebab mengapa aku rasa ingin berubah. Namun aku rasa biarlah ia tersimpan sebagai rahsia.
Jadi pada awalnya ku cuba istiqamah untuk memakai handsock. You know what? Terbiasa dengan memakai handsock hingga aku tak selesa kalau tak pakai handsock kalau keluar dari rumah dan ketempat yang ada lelaki. I feel like something wrong somewhere. Nak tahu rasanya bagaimana? Cubalah.
Suatu hari aku cuba cerita perubahan aku ini kepada seorang senior. Dia memuji dan ditambah dengan sedikit teguran. “Baguslah aminah. Selepas ini cuba aminah pakai stoking pulak. Kaki jugak aurat”. Dush. Agak sentap namun aku ambil itu sebagai nasihat yang membina diriku. Tidak lama selepas itu, sekolah bakal bercuti kerana bakal menyambut perayaan hari raya Aidiladha.Maka, aku mulakan langkah pembaikan seterusnya iaitu memakai stoking dirumah. Apabila bercakap mengenai cabaran dalam penghijrahan. Cabaran itu sudah pastinya ada. Kehidupan mana yang tak diuji? Antara cabaran yang diterima adalah Aku selalu disindir.
“Ehh.. macam orang tengah pantang”
“Macam orang tua-tua lah…”
Antara sindiran yang aku terima. Sindiran itu aku sisih tepi. Bukannya bermakna aku tak mempunyai perasaan. Sungguh. Kadang-kadang sindiran itu selalu bermain difikiran. Namun teringat pesanan ustazah Fatimah Syarha. My idola. :)
“Pandangan Allah kepada kita itu jauh lebih utama berbanding padangan manusia terhadap kita. Kita berbuat kerana Allah bukan kerana manusia. Jadi terus berbuat kerana Allah bukan manusia.”
Hanya Allah sahaja yang tahu niatku. Sindiran itu mungkin ujian dari Allah untuk menguji keikhlasanku dan kesungguhanku. Dari sindiran tulah menjadi aku lebih kuat kerana dengan sindiran itu membuat aku sedar niat sebenar aku berbuat.
Semenjak aku berhijrah ramai insan-insan yang berhati mulia membantu penghijrahan aku. Mereka hadiahkan aku tudung labuh. Baju kurung. Handsock. Sungguh aku tak akan lupa jasamu wahai insan-insan yang berjiwa syurga. Thank you very much. J
Mungkin bagi sesetengah orang, sekolah agama ataupon sekolah harian biasa. Sama ja. Bagi diriku ia tak sama kerana di sekolah agama ada ramai insan-insan yang cinta kepada kebaikan dan taat kepada perintah Allah dan tak dinafikan ada saja insan yang tak mengamalkan ISLAM sebagai cara hidupnya dan keislamannya hanya tertera di ICnya. Namun bilangan hanyalah minority dibandingkan dengan insan yang rindukan syurga dan berjiwa bidadari.
Namun disekolah harian biasa ,insan yang cintakan kepada perintah Allah dan rindukan Rasullullah melalui amalnya bilangannya hanya segelintir. Mereka yang sedikit ni perlu memiliki pendirian yang teguh untuk menahan diri dari segala anasir yang ada disekililing mereka. Menahan segala persepsi daripada orang sekeliling mereka yang mungkin kadang boleh melemahkan semangat untuk berbuat. Mereka perlu menjadi ikan di lautan. Tidak menjadi masin walaupun air laut itu masin. J
Namun, once bila kita dah berubah bukan beerti kita sudah menjadi seperti ‘malaikat’ yang tak melakukan salah dan dosa. Dan tak potensi untuk tersungkur dan rebah. Merasa tak kuat dan putus asa dengan perubahan kita. Itu biasa. Namun ingatlah ucapan ‘memujuk’ daripada Allah yang maha menerima taubat :
“ wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa(mereka yang bertaubat). Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun , lagi Maha Penyayang”. (39:53)
Jika futur carilah Tuhan, bukalah Al Quran.
Bukan meninggalkan perjuangan.
Itu bukan sebaik-baik penyelesaian.
Fikir-fikirkan.
Setiap hari kita wajib untuk berubah menjadi lebih baik. Pembaikan diri itu harus diteruskan sehingga dunia ini bukan lagi tempat kita berteduh.
Jadi untuk jawapan kepada soalan yang ditanya pada awal tadi. Jika aku tak seperti sekarang mungkin aku adalah insan yang sebaliknya. Insan yang tak diketuk pintu hati untuk berubah. Aku mungkin menjadi insan yang cintakan kepada perkara-perkara keduniaan. Namun, percaturan Allah begitu indah. Dan aku sangat bersyukur kerana diantara banyak-banyak hambaNya aku antara salah seorang yang dipilih untuk faham dan cinta kepada agamaNya. Alhamdullillah. Thanks Allah. :')
Setiap hari kita wajib untuk berubah menjadi lebih baik. Pembaikan diri itu harus diteruskan sehingga dunia ini bukan lagi tempat kita berteduh.
Jadi untuk jawapan kepada soalan yang ditanya pada awal tadi. Jika aku tak seperti sekarang mungkin aku adalah insan yang sebaliknya. Insan yang tak diketuk pintu hati untuk berubah. Aku mungkin menjadi insan yang cintakan kepada perkara-perkara keduniaan. Namun, percaturan Allah begitu indah. Dan aku sangat bersyukur kerana diantara banyak-banyak hambaNya aku antara salah seorang yang dipilih untuk faham dan cinta kepada agamaNya. Alhamdullillah. Thanks Allah. :')
Comments
Post a Comment